Tuesday, August 4, 2009

Lawatan ke PSN

Pada 29 Julai 2009, PPKI SMK Serendah telah mendapat jemputan lawatan ke pusat sains negara.

Di samping itu, PPKI SMK Serendah juga menjalankan satu aktiviti sosial (membeli belah) di Giant Kota Damansara.




Tuesday, April 28, 2009

Program Joy Ride's (Serendah - KL Sentral)
















Pada 22 April 2009, PPKI SMK Serendah telah mengadakan satu program Joy Ride's (Serendah - KL Sentral). Program Joy Ride's ini diadakan bertujuan membolehkan pelajar-pelajar khas ini berpeluang menaiki pengangkutan awam. Kita pergi ke KL Sentral ini dengan menaiki komuter, dari Stesen Serendah ke Stesen Rawang, seterusnya menukar tren di Stesen komuter Rawang, dan terus sampai ke KL Sentral.

PPKI SMK Serendah juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah memberi bantuan untuk menjayakan program tersebut, terutama KTM BHD dan KFC Holding



Kejohanan Olahraga PK MSSD Hulu Selangor








PPKI SMK Serendah telah menyertai kejohanan olahraga pendidikan khas peringkat MSSD Hulu Selangor pada bulan mac yang lalu. PPKI SMK Serendah telah menyertai acara-acara yang berikut:
  1. 100 meter BP Senior
  2. 100 meter BP Junior
  3. 100 meter BD Junior
  4. 200 meter BP Senior
  5. 200 meter BP Junior
  6. 200 meter BD Junior
  7. 4 x 100 meter senior (lelaki shj)
  8. Lompat jauh senior
  9. Lompat jauh junior
  10. Lontar peluru senior
  11. Lontar peluru junior

Pencapaian Kejohanan Olahraga PK tahun ini agak memuaskan, kita memperolehi

  1. 100 meter BP Senior (Naib Johan- lelaki)
  2. 100 meter BP Junior (temapat ketiga - perempuan)
  3. 100 meter BD Junior (tempat ketiga - lelaki)
  4. 200 meter BP Senior (Naib Johan - perempuan)
  5. 4 x 100 meter senior (lelaki shj) (Naib Johan)
  6. Lompat jauh senior (naib johan - lelaki)
  7. Lontar peluru senior (Johan-lelaki, naib johan - perempuan)
  8. Lontar peluru junior (Naib johan - lelaki)

Wednesday, January 14, 2009

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2009

PPKI SMK Serendah akan menjalankan kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada 17 Jan 2009 (Sabtu). Latihan kejohanan merentas desa ini telah dijalankan pada 14 dan 15 Januari 2009. Pelajar-pelajar PPKI SMK Serendah telah mengambil bahagian dalam latihan ini.

Wednesday, August 6, 2008

Karnival Permainan PK (Futsal)

PPKI SMK Serendah telah menghantar wakil dalam sesi pemilihan wakil permainan Futsal dalam Karnival permainan PK 2008.

Sunday, July 20, 2008

Karnival Sukan Dan Permainan PK, Hulu Selangor - Bowling

Pada 16 Julai 2008, PPKI SMK Serendah telah hantar seramai 6 orang pelajar menyertai Karnival Sukan Dan Permainan Pendidikan Khas, peringkat Hulu Selangor - acara Bowling, di Kelab Golf Bukit Beruntung. PPKI SMK Serendah telah memperolehi 2 pingat perak, 2 pingat gangsa. Ini merupakan kali pertama PPKI SMK Serendah menyertai acara bowling dalam Karnival Sukan Dan Permainan Pendidikan Khas.

Gambar Peserta dan Guru Pengiring
(Barisan depan - dari kiri ke kanan - Nor Diyana, Pn Asmah, Rasyeeqa)
(Barisan belakang - Dari kiri kanan - Abdul Ammer, Nor Azlan, Arvin Das, dan Mohd Arif Iskandar)
Pencapaian :
Naib Johan (Lelaki Kategori Senior)
Abdul Ammer
Naib Johan (Lelaki Kategori Junior)
Arvin Das
Tempat Ketiga (Perempuan Kategori Senior)
Nor Diyana
Tempat Keempat (Perempuan Kategori Senior)
Rasyeeqa

Monday, July 7, 2008

Aktiviti Pembersihan Kolam Ikan

5 orang pelajar PPKI SMK Serendah telah menjalankan aktiviti pembersihan kolam ikan di depan bilik pengawas baru-baru ini. bertujuan untuk mengembalikan wajah asal kolam ikan yang cantik ini.

Sebelum




Semasa






Selepas berusaha selama 5 jam, kolam ikan telah menjadi bersih dan jernih seperti dulu.





Tahniah kepada 5 orang pelajar PPKI SMK Serendah ini.
  • Ahmad Asyraf
  • Mohd Rafis
  • Ahmad Zakqqdin
  • Nor Azlan
  • Mohd Syahir

YOU ARE THE BEST !