Wednesday, August 6, 2008

Karnival Permainan PK (Futsal)

PPKI SMK Serendah telah menghantar wakil dalam sesi pemilihan wakil permainan Futsal dalam Karnival permainan PK 2008.

Sunday, July 20, 2008

Karnival Sukan Dan Permainan PK, Hulu Selangor - Bowling

Pada 16 Julai 2008, PPKI SMK Serendah telah hantar seramai 6 orang pelajar menyertai Karnival Sukan Dan Permainan Pendidikan Khas, peringkat Hulu Selangor - acara Bowling, di Kelab Golf Bukit Beruntung. PPKI SMK Serendah telah memperolehi 2 pingat perak, 2 pingat gangsa. Ini merupakan kali pertama PPKI SMK Serendah menyertai acara bowling dalam Karnival Sukan Dan Permainan Pendidikan Khas.

Gambar Peserta dan Guru Pengiring
(Barisan depan - dari kiri ke kanan - Nor Diyana, Pn Asmah, Rasyeeqa)
(Barisan belakang - Dari kiri kanan - Abdul Ammer, Nor Azlan, Arvin Das, dan Mohd Arif Iskandar)
Pencapaian :
Naib Johan (Lelaki Kategori Senior)
Abdul Ammer
Naib Johan (Lelaki Kategori Junior)
Arvin Das
Tempat Ketiga (Perempuan Kategori Senior)
Nor Diyana
Tempat Keempat (Perempuan Kategori Senior)
Rasyeeqa

Monday, July 7, 2008

Aktiviti Pembersihan Kolam Ikan

5 orang pelajar PPKI SMK Serendah telah menjalankan aktiviti pembersihan kolam ikan di depan bilik pengawas baru-baru ini. bertujuan untuk mengembalikan wajah asal kolam ikan yang cantik ini.

Sebelum




Semasa






Selepas berusaha selama 5 jam, kolam ikan telah menjadi bersih dan jernih seperti dulu.





Tahniah kepada 5 orang pelajar PPKI SMK Serendah ini.
  • Ahmad Asyraf
  • Mohd Rafis
  • Ahmad Zakqqdin
  • Nor Azlan
  • Mohd Syahir

YOU ARE THE BEST !

Perkhemahan Unit Beruniform

Pada 13 Jun 2008, PPKI SMK Serendah telah mengadakan perkhemahan unit beruniform 2 hari 1 malam di SMK Serendah. Perkhemahan ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar-pelajar PPKI.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:



  1. Aktiviti Memasak

  2. Malam Kebudayaan

  3. Aktiviti Menanam Bunga

  4. Aktiviti Mencari Harta Karun

  5. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan





Gambar Akitiviti Menanam Bunga